Wednesday, June 27, 2007

Kelmarin

kelmarin, aku ke rumah Mak Su Sah, menghadiri kenduri arwah beserta majlis kesyukuran diatas kejayaan anaknya , Tufik yang bakal mnyambung pengajian ke Mesir. Aku dating dengan Abir. Kami sedikit awal berbanding para tetamu yang diemput bermula selepas solat Zohor. Tetapi waktu kami tiba iaitu jan 12.40 tengah hari sebetulny agak lewat bagi keluarga terdekat sepertiku yang merupakan sepupu kepada Taufiqdan anak saudara Mak Su Sah dan Pak Su Mad. Aku tidak sempat menolong meringankan beban kenduri mereka sebaaimana sebelum ini, sebelum aku bergelar isteri orang dan menjadi milik orang. Seatu aku masih anak dara dulu,kalau ada kenduri di rumah mereka, Mak Su Sah akan ‘menempah’ aku untuk membantunya. Katanya aku ini cekap dan tangkas erbuat kerja dapur. Mak Sah akan eminta aku dating ke rumah mereka sehari lebih awal atau pagi-pagi lagi. Akuakan menolong kerja-kerja yang mampu dibuat olehku yang masih mentah. Aku akan mengupas buah untuk dijadikan pencuci mulut, menyinag mentimun untuk dibuat acar timun, mengelappinggan mangkuk, membuat air minuman dan kadang-kala aku di suruhnya mengangkat itu ini selayaknya bagi seorang gadis muda yang masih kuat tulang.

Tetapi kelmarin, aku pun sedikit terkilan tidak dapat hadir lebih awal menolong mereka. Kerana rumah aku pun berkenduri sehari sebelum rumah mereka. Kamimeraikan adik bongsuku, Mohammah hilmi yang juga akan menyambung pengajian di bidang Qiraat di Syubra, Mesir. Di pagi kelmarin, aku bersising lengan membasuh pinggan, mangku, gelas, baldi, sendu, periuk yang banyakmelumpah-lmpah. Sampai lenguh tulang belakangku membongkok di bahu sinki.

Ku kira sudah ramai orang yang akan menolong di rumah Mak Su Sah. Sebab itulah aku fakir tidakperlu lagi aku ke rumahnya selepas itu. Tabahan pula samiku ada temu janji dengan kawannya, Majdi di kota Bharu. Jadi pemergian kami ke rumah mak Su Sah hanyalah menyambut jemputan makan. Tetapi apabila ku sampai ke rumahnya, suasana lengang. Yang kelihatan hanyalah Abe Lu, Nabilah, dan kak Na yang bekerja di dapur. Yang lainnya lebih tertumpu di kawasan membakar ayam panggang di rumah belakang. Rasa laparku terbantut melihatkan tiada lagi tetamu, malah makanan pn belum lagi terhidag. Aku berasa bersalah juga melihatkan Nabilah, sepupuku ke sana ke mari bekerja. Aku sempat juga menolongnya mengelap pinggan dan menghidang trel makanan untuk bahagian muslimin dan bahagian muslimat.

Usai makan, aku mengundur diri kerana kami ada satu lagi destinasi kenduri untuk dituju. Tambahan, kami perlu balik ke rumah mentuaku yang aku belum jenguk semenjak kepulanganku ke kelantan sejak tiga hari.

Malam ini, aku mengajak Abir ke KB Mall. Aku ingin mencari buku catitan untuk dibuat jurnal dan catatan penulisanku. Sedang aku membelek buku di rak sastera, elefon Abir berbunyi. Kakakku, nailah menghubungi. Aku mengagak mungkin ada sesuatu perkara penting yang peru diberitahu, sebab dia jarang sekali menghubungiku melainkan ada perkara penting.

Aku merapatkan handphone ke telinga di balik tudung tebalku. ‘ Nabilah accident’.. ku dengar ayat itu antara dengar dengan tidak. Aku tidak mempercayainya. ‘Ha?’ aku meminta kepastian. “ nabilah accident..” kakakku mengulang. Aku senyap tanpa sepatah kata yang keluar. Hanya menunggu penerangan lanjut dari kak nailah. “ Tapi dia di Hospital Gerik..” “ gerik?” hanya sepatahkata itu yang meniti keluar. “Hmmm. TapiMuaz meninggal”Aku terkejut. Ha? Nabilah meninggal? Aku bermonolog di dalam hati. Begit terkejut. “ nabilah okay je. Dia sampai perak dah”.. “ Ohh.. dia okay ke?” “ Mak Su Sah cakap nabilah okay je. Tapi Muaz meninggal. Simpan pagi esok di Pasir Puteh”.

Aku kematian kata, yang keluar hanya.. “ inna lillahi wainna ilaihi ra ji’un.. em. Terima kasihlah memberitahu. Aku akan ke rumah Ma esok petang.

Aku digayut rasa terkejut, rasa bersalah rasa simpati. Aku kira, kemungkinan Nabilah yan drive kereta tersebut. Kerana Nabilah biasanya membawa keretanya pulang mengekori kereta Abang Malek dan kak Hanan. Muaz menaiki keretanya. Dan kereta satu lagi dipandu abang malek sendiri dan mungkinlah kereta Kelisa Nabilah dipandu olehna sendiri. Aku dapat membayankan bagaimana letihnya Nabilah setelah bertungkus lumus berkenduri. Semasa kenduri kahwn Kak hanan, malam itu, Nabilah diserang kesakitan dan dikejarkan ke Hospital BEsar Kota Bharu. Dia terlalu bekerja berat untuk kenduri tersebut dan akhirnya merengkok kesakitan.

Dan mungkin juga tanagnnya masih belum gagah memusing sterng kereta walapun power stereng. Aku juga mempunyaipengalaman drivng kereta dari Bentong Ke Kuala UM dan singgah dulu di UIAM Gombak. Walaupun tidaklah terlalu jauh, tapi aku faham jarak sejauh itu merbahaya bagi pemandu perempuan yang mempunyai tenaga yang kurang. Apatahlagi kalau ia sudah lemah dan mempunyai penyakit. Aku tahu, Nabilah mungkin masih merasa kesan keratin dan jahitan di pangkal lengannya akibat pembedahan membuang ketulan tumor setahun lepas. Mungkin tangannya yang masih baru membina kekuatan tidak mampu berhadapan dengan kerja-erja berkenduri yang berat, sejurus kemudian terus memusing stereng. Ahh.. aku digayut rasa terkejut dan kasihan. Kasihan Nabilah, mungkin masih trauma dengan kejadian yang menimpa.

Aku sendir memahami perasaan kak Hanan menerima berita kematian anak sulunnya, tapi aku sedap hati apabila teringatkan kata-kata , anak kecil yang mati adalah pembenteng ibu bapanya dari api neraka kelak. Orang Kelantan mengistilahkannya ‘simpan’. A bermaksud anak kecil yang mati itu umpama simpanan ibu bapanya kepada Tuhan. Anak itu diserahka awal-awal lagi kerana Tuhan sayangkannya, kerana anak itu terlalu baik dan tidak perlu untuk membajak di dunia ini, kerana Tuhan memang menyayaninya… Al-Fatihah buat Allahyarham Muaz bin Malek.. 5 tahun..

12:53 pm, 27 Ogos 2006

Teratak PapaMama, Padang Kala, Kelantan

No comments: