Nisa’ Kelantan Bersiap Sedia Untuk Tahun 2007
Nisa’ Negeri Kelantan sudah memulakan langkah awal yang bijak dengan mengadakan Program Diskusi Gempur 2007 di Villa Nisa’ bertempat di Kota Bharu baru-baru ini. Program diskusi yang berlangsung selama dua hari semalaman itu dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Nisa’ Negeri Kelantan seramai 20 orang.
Antara perkara yang dibincangkan di sini adalah post mortem aktiviti-aktivit yang dijalankan sepanjang tahun 2006 dan penstrukturan semula organisasi Nisa’ Kelantan. “ Semua perancangan aktiviti tahun 2006 dibahaskan kembali dan dinilai bersama sehingga ke akar umbinya,” kata Pengarah Nisa’ Kelantan, Puan Salwati Ariffin.
Nisa’ Kelantan merupakan sebuah badan kebajikan yang mengumpulkan seramai mungkin beliawanis dari seluruh negeri untuk melaksanakan program-program kebajikan di negeri ini.
Pihak jawatankuasa turut membincangkan strategi dan perancangan untuk tahun 2007 yang akan dilaksanakan oleh Unit Khidmat dan Kaunseling, Unit Pembangunan Insan dan Unit Kerjaya, termasuk sebuah unit baru iaitu Unit Ekonomi.
“ Nisa’ pada tahun 2007 ini diharapkan akan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dengan kehadiran ramai tenaga muda yang baru, Nisa’ Kelantan yakin untuk melangkah ke persada antarabangsa.”
“Di samping itu, kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan kebajikan, dan NGO-NGO lain untuk merealisasikan harapan ini” , tambah beliau lagi yang mensasarkan untuk memasyarakatkan Nisa’ sehingga ke setiap lapisan masyarakat di Kelantan khususnya dan di
Nisa’ Kelantan yang merupakan sebuah badan NGO telah menerima mandat daripada kerajaan Negeri untuk melakukan program-program di peringkat negeri dan parlimen seluruh Kelantan. Ini menunjukkan kemampuan yang ada pada Nisa’ yang baru kembali aktif semenjak tahun lepas.
Terbaru, kai sedang merangka satu temasya sukan besar-besaran yang akan disertai 27 buah kontinjen dari seluruh negeri di
Samhani Ismail
30 Januari 2007
Tersiar Di Sinar Harian
No comments:
Post a Comment