Muslimat menongkah arus..
Sifat muslimah yang lemah-lembut adalah ciri utama gadis idaman. Kesopanan dan kelembutan seorang muslimah menjadi penyejuk mata dan memberi kebahagiaan kepada sesiapa yang memandang.
Walaupun muslimat yang aktif berpersatuan kadang-kala terpaksa berlasak dan mampu bersaing dengan lelaki, namun muslimat perlu ada sifat kelembutan. Berkata-kata dengan santun, berpakaian dengan pakaian muslimat dan berpenampilan lembut tapi tegas.
Melalui pengalaman penulis di kampus, di saat jemaah Islam sedang ditekan kuat oleh pihak Hal Ehwal Pelajar dan Akta Universi dan Kolej Universiti, maka banyak projek ilmiah dan keagamaan tidak mendapat kelulusan. Banyak projek yang mencanangkan ilmu dan mampu menarik golongan yang mahu mendalami Islam tidak dapat dijalankan. Namun yang peliknya, begitu banyak pula aktiviti berbentuk hiburan dan tarian diadakan di asrama-asrama dan di Dewan Besar Universiti.
Pihak aktivis Islam begitu hampa. Lantas, sebagai alternatif untuk meneruskan tugas dakwah di kampus, mereka bergerak dengan kaedah yang kreatif dan terbuka. Semakin banyak idea hebat timbul. Pergerakan mereka semakin rancak walaupun ditekan dengan pelbagai ancaman. Inilah pengorbanan dari hati-hati yang suci untuk menegakkan kalimah Allah. Perjuangan tetap diteruskan!
Tahun-tahun kebelakangan ini, generasi dakwah yang baru agak ghairah menukar strategi dakwah mereka. Kadang-kadang tidak sempat merujuk kepada senior yang lebih makan garam. Dari aktiviti ilmiah mereka beralih kepada aktiviti yang lebih ‘hadhari’ dan santai bagi tujuan mendapat kelulusan dan siasah.
Muslimatnya pula, daripada berjubah dan bertudung labuh yang kelihatan begitu suci, ramai yang beralih kepada tudung yang berwarna-warni. Tudung disilang, diangkat dan diserongkan. Pelbagai
Saya tidak menafikan teori Homofili, “ cara menarik minat orang lain supaya suka berinteraksi dengan kita adalah dengan menjadikan diri kita serupa dengan mereka.” Pepatah Arab juga menyebut, “ makanlah apa yang saudara suka tetapi pakailah seperti orang lain”.
Kembalilah kepada sifat kesantunan dan penampilan muslimat yang suci. Jagalah pakaian kamu kerana ia akan menjagamu. Pilihlah kembali pakaian taqwa kerana disitulah tersembunyi kecantikan. Kecantikan bukan pada pakaian tetapi terpancar dari diri si pemakai. Semakin tunduk hatinya kepada Allah, semakin bercahaya wajahnya memberi keamanan kepada mata yang memandang.
Penampilan bukanlah segalanya tanpa ketokohan yang datang dalam diri muslimat dakwah, keilmuannya dan tulus hatinya.
Jangan takut berpenampilan Islam kerana pejuang agama tidak pernah mengenal erti takut. Jangan merendah diri kerana membawa agama yang mulia ini. Kita pengikut Nabi yang paling hebat di dunia.
Tidak akan miskin orang yang membela Islam. Muslimat kena berprinsip!
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment