Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati
Dari pandangan matanya, ada sinar yang bercahaya. Dari tutur katanya, ada bahasa melambangkan dia seorang yang lemah lembut. Namun, jiwanya tidak terduga pada pandangan zahir. Beliaulah muslimat berani. Sanggup menumpah darah demi menjulang Islam.
Itulah serikandi ummat, Khaulah bintu Azwar, mujahidah sejati perindu syurga..
Beliau terkenal memiliki jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak semenjak kecil. Maka, Rasulullah s.a.w. memberi jaminan beliau menyertai angkatan perang bersama-sama dengan muslimin.
Semasa peperangan dengan Rom, Khaulah menggemparkan seluruh angkata tentera dengan ketangkasan beliau. Beliau meluru dalam pakaian hitam. Sekali libasan pedang, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat kehebatan beliau yang tak terduga. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula membara apabila mengetahui ia seorang wanita. Dengan semangat yang mengalir dari jasad Khaulah, tentera muslimin menggempur kaum musyrikin hingga meraih kemenangan besar.
Dalam satu peperangan Sahura, Khaulah dan beberapa mujahidah dikurung dan dikawal rapi. Namu, jiwa Khaulah sentiasa hidup dan dia yakin bahawa mereka akan dapat menyelamatkan diri. Beliau tidak akan menyerah kalah.
Maka beliau sering memberikan semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah kamu sanggup menjadi tukang picit orang Rom? Apakah kamu sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah kamu dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri kamu sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan kamu sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal itu. Mereka rela syahid jika ditadirkan mereka gagal melepaskan diri. Namun mereka kuat dengan bekal taubat dan doa bersungguh-sungguh agar Allah mendatangkan bantuanNya.
Sebelum bertindak, Khaulah sempat berpesan, "Janganlah kamu sesekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka,, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya'Allah pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut.
Beginilah roh perjuangan yang harus ada pada diri setiap muslimat perindu syurga yang mengharap keredhannNya dan merasa nikmat syahid. Muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, tetapi terlalu banyak perkara mungkar yang wajib ditentang.
Samhani Ismail
Tersiar di Majalah i
No comments:
Post a Comment