Ku pinta..
Saya terjaga dari tidur pulas. Serasa sakit di bahagian sendi bahu, sedikit sakit, mungkin kesan dari hentakan kuat semasa saya kemalangan jalan raya, terjatuh dari motosikal cara terhempas 6 tahun lepas iaitu pada raya ke 3 selepas saya selesai menduduki SPM tahun 1999 masih terasa. Setiap kali saya tidur tersilap letak tangan, sakit akan mendenyut-denyut di bahagian bahu menjalar ke lengan dan jemari. Bisa juga rasanya sampai sekarang saya masih terasa keperitannya walaupun saya sudah semakin pulih.
Saya tidak mahu melihat jam di meja sudah pukul berapa, secara psiko saya mahu mengelakkan kantuk yang menebal. Saya menggagah diri meredah sejuk air yang disangka malam hari. Suami saya masih di sisi, sama-sama tertidur dengan buku berkubangan dan TV masih terpasang. Saya menghenyak mamai dalam diri dengan membelek-elek TV sesaat dua. Saya hairan semua rancangan TV sudah habis, mungkin jam 12.30 malam.
Saya rasa tidak mahu tidur lagi kerana ada perkara yang saya niatkan semalam masih belum lunas. Saya ingin meng’update’ blog saya, ingin menulis, menghabiskan bacaan buku saya, mengupas, menghurai,menyediakan rangka artikel, mencari bahan, dan pelbagai lagi.. biar ia menjadi suatu yang lebih baik, lebih memberi erti kepada orang lain dan lebih memberi saya kepuasan. Biar saya letih menyental kantuk asal ada sesuatu bernilai menjadi tinggalan. Biar usaha sedikit saya memberi impak kerana berjaga malam adalah salah satu cara untuk mewarisi kejayaan. Ini adalah jihad, adalah pengrbanan. Saya tidak menuntut sanjungan atau balasan. Cukuplah Allah buat saya.
Saya ke kamar mandi dan saya mandi. Saya tunduk rukuk bersolat dengan khusyuk. Saya tambah lagi dengan dua rakaat solat hajat kerana tiba-tiba hati saya terasa berhajatkan sesuatu. Saya niatkan dalam doa hamba hina suatu pengharapan dan permintaan agar dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang soleh pewaris generasi. Saya akur saya sudah mendirikan rumahtangga semenjak 20 Januari 2006, dengan berwalikan abang saya, saya dinikahi dalam majlis biasa berakad nikah di Masjid Pasir Pekan. Bermakna sudah 9 bulan lebih saya berkahwin. Dalam tempoh ini harus bagi kami memperoleh zuriat. Kawan-kawan saya yang berkahwin kemudian dari saya semuanya sudah berhasil. Sedang muntah-muntah, pening, ada yang 4 bulan, 3 bulan, 2 bulan, dan yang menunggu hari pun sudah ada (kahwin awal sedikit dari saya).
Kalau ikutkan saya sendiri, perkara ini tidak menjadi masalah sangat, saya sebetulnya agak takut untuk menimang cahaya mata, kerana takut tidak mampu menjaga lantaran masalah kesihatan pada saya. Tangan, lengan, jari-jemari saya masih selalu sakit. Pernah saya mencuba mendukung anak sepupu saya yang baru akikah, sekejap saja sudah terasa perit di lengan saya. Saya sedikit gentar untuk menghadapi saat-saat itu. Namun, jauh di sudut hati saya ada perasaan tumbuh untuk melahirkan anak-anak, yang soleh insya Allah. Kalau ada rezeki, saya syukur, kalau masih belum saya redha. Mungkin ada baiknya di mana-mana.
siang, suami saya muncung empat belas. Bila saya tanya kenapa, beliau merenung saya, ‘ nak anak..’ saya hanya mengusap-usap dahi luasnya.
Suami saya tambah-tambah lagi, keinginan memperoleh zuriat semakin menebal dan mungkin dia sedikit tertekan dengan persoalan seeliling. Namun kami bernasib baik kerana berada di suasana kampus, sekeliling adalah pelajar dan tiada lagi soalan killer yang tajam meluka menghiris hati sebagaimana kakak saya yang semakin tertekan dengan suasana sama. Dia mendahului saya awal seminggu dan sekarang sudah bekerja. Orang sekeliling asyik menanya sampai membuatkannya tertekan dan selalu menangis dan jadi sensitif. Saya kenal kakak saya, seorang yang ‘kebal’ tidak mudah tersentuh, sedikit keras dan kuat tapi bila ditimbulkan perosalan ini hatinya begitu mudah calar.
Saya mengakhiri doa solat hajat lantas mencapai beg laptop suami dan melangkah ke luar kamar untuk memulakan hajat saya tadi. Saya menutup lampu kamar membiarkan suami tidur lebih selesa tanpa terik cahaya yang mencuri nyenak tidurnya. Biarlah dia tidur dengan aman.. saya menekan suis lampu di ruang tamu. Mata saya tepat memandang ke jam, rupa-rupanya sudah pukul 3.45 pagi. Sudah dinihari rupanya.
Saya meneruskan sedikit usaha saya sehingga jam 5.30 pagi. Hati saya dicecah angin pagi yang semilir, yang sejuk nyaman dinihari. Hati saya digamit rindu, rindu mengadapNya kembali,mengulang zikir surat-surat cinta lafaz Tuhan untuk hamba, biar reda segala resah,biar berlalu segala duka agar padanya ada kesembuhan, kerana padanya ‘huda wa syifa’, penunjuk dan penyembuh. Dia penentu segala sesuatu, bagiNya tiada yang mustahil tiada yang tidak mungkin. Saya hanya hamba dari Tuhan yang Maka Kaya. Apakah saya terlalu angkuh dan bodoh untuk tidak meminta padanya setelah saya belajar qiamullail dan melatih diri sepanjang ramadhan untuk berjaga sebelum subuh, rukuk, sujud dan menyerah diri padanya, meminta, merayu dan merindu pada Sang Kekasih yang amat pengasih yang sepatutnya mendapat hakNya daripada saya...
"Mohonlah kepada Tuhanmu dengan sabar dan mengerjakan solat
No comments:
Post a Comment