Wednesday, June 27, 2007

Lagu pencinta Wanita..

Lagu Pencinta Wanita berdengung-dengung

dari corong radio kereta mewah milik ayah

mengasyikkan

lagu lembut dengan rona memukau

aku jadi terpesona

terhibur

terpukau

terbang ke alam asyik

Tiba-tiba hatiku dicakah kalut

Kata-kata ustazahku terngiang

Mematikan lazatnya hawa telinga

‘ Dengarlah muzik..

Kalau kau berani

Telingamu bakal dicurah timah panas

Di dalam neraka..’

Aku jadi keliru

Mana benarkah begitu?

Masih teguhkah hatiku

Mendengar zikir dan alunan sang perindu?

27 Disember 2006

No comments: