Kongsi Raya Satu Rethinking
“ Hi, kindly send me your home address. Nice day..”
Suatu pagi Ramadhan saya menerima SMS dari Shalini Nayar. Fikiran saya terus melekat kepadanya. Kebaikan dan tak kurang juga kenakalannya mengajar saya bertutur dan menyanyi lagu Tamil bersama Punitah dan Ratigha sewaktu kami bereksperimen di makmal suatu masa dulu. Lantas saya teringat Raya Deepavali hanya berselang beberapa hari sahaja dengan Aidul Fitri al-Mubarak pada tahun ini. Mungkin beliau meminta alamat rumah untuk menghantar sekeping kad raya buat saya sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Saya mencongak masih adakah lagi sambutan kongsi raya setelah ia mendapat teguran daripada seorang mufti.
Sungguh keliru dan mengelirukan, antara debat lantang pimpinan dengan bicara bijak kontroversi mufti. Yang mana lebih strategik, efektif dan dinamik untuk mewujudkan negara makmur dari rakyat berbilang bangsa, budaya dan agama. Semenjak tercetusnya isu kongsi raya ini, ramai yang bertanya adakah salah berkongsi kegembiraan di pagi raya, bertandang ke rumah jiran beragama lain sementelah tarikh beraya antara kedua-dua agama ini hampir serentak?
Kongsi raya yang diamalkan sejak beberapa tahun lepas memang meriah. Sehingga ke peringkat pemimpin kerajaan sendiri mengadakan sambutan kongsi raya besar-besaran. Bukan sekadar untuk mengeratkan tali persaudaraan, ia boleh meredakan suhu ketegangan antara kaum dan turut merealisasikan maksud politik. Sambutannya amat memberansangkan ditambah pula dengan adanya orang Melayu Islam yang berpakaian Sari dan
Tiada siapa yang memberikan respon terhadap sambutan kongsi raya ini sehinggalah pada 22 Oktober 2004, Jabatan Mufti Perak mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampur-adukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram. Mufti tersebut kembali mengulangi pendiriannya tentang isu tersebut di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006 sehingga menggegarkan seluruh
Sehingga mendapat banyak reaksi pelbagai orang, Melayu, Cina, India, badan berkanun, badan politik, ahli agama dan orang perseorangan, isu ini meledak dengan cepat kerana ia melibatkan banyak penjuru, bukan sahaja politik dan agama malah mengaitkan isu perkauman yang jika tersilap bahasa akan berulanglah kembali siri keris terbang makan orang.
Sehingga tampillah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meredakan keadaan. Beliau berkata “Kerajaan akan tetap mengadakan kongsi raya dan rumah terbuka untuk pelbagai bangsa kerana ini bukan upacara keagamaan.” (Berita Harian)
"All these events are social in nature. At most, they will have dances and other cultural programmes. Never did we have programmes which can be considered as religious during such gatherings.” ( The Star)
"These are not programmes which can weaken our faith and our belief," (The Star)
Menyokong pendapat beliau, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib menyatakan dalam akhbar The Star,
“We have to be liberal. We are multi-racial, multi-cultural country and we (Muslims) cannot be rejecting everything that comes from other people ( non-Muslims).
Islam is religion of harmony, a great religion. We must show its strength and friendliness and not be swayed by narrow extremist thinking.
Tersedak dengan jawapan tersebut, satu wawancara diadakan meminta Datuk Mufti merincikan dengan jelas fatwa kontroversi tersebut. "Ya, (boleh) tetapi bukan dengan niat menyambut perayaan tersebut," kata Datuk Seri Harussani Zakaria menjawab persoalan adakah dibolehkan orang Islam hadir ke majlis perayaan bukan Islam.
"Sebab kita ini masyarakat yang berbilang kaum dan kita tinggal berjiran dalam sesuatu kawasan kejiranan. (Orang Islam dibenarkan) menghadiri majlis keraian apabila diundang. Kita (ke acara itu) semata-mata memenuhi undangan, bukan menyambut perayaan tersebut," jelas beliau lagi.
Pandangan Mufti Perak ini bermakna, berada di majlis berkenaan tidaklah dilarang secara mutlak. Tetapi mengapakah Majlis Fatwa menyarankan kepada kerajaan untuk mengharamkannya? Bukankah lebih wajar pandangan jelas ini awal-awal lagi disampaikan kepada masyarakat Islam, khususnya kerajaan bagi mengelakkan kontroversi dan merapatkan perhubungan antara kaum?
“ Beliau berkata sambutan rumah terbuka atau 'kongsi raya' perlu dikaji semula kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan.”
Siapa yang keliru sebenarnya? Saya menyerahkan persoalan ini kepada anda untuk menimbangkan melalui akal logik berpandu sendi syarak.
Apa yang dibimbangkan, bukannya cara meraikan, tetapi tunjang akidah yang semakin digali semakin longgar. Umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai serangan dari segenap penjuru. Tuhan kian jauh, akidah kian haus, dan akhlak kian lusuh. Ramainya umat Islam umpama ilusi sahaja, umpama buih, jatuh terhempas ke pasir akan pecah. Beginilah mungkin keadaan yang dikatakan Nabi, “ Suatu hari nanti orang kafir memandang orang Islam seolah-olah mereka sedang menghadap hidangan makanan”.
Fahaman liberalisme yang kian menjajah minda semakin gah, telah melahirkan pula fahaman Pluralisme. Siapapun ia, agama apapun ia, ia juga Islam. Masya Allah.. agama tidaklah penting, agama apapun tidak mengapa. Sebab itulah mungkin, di dalam amalan kongsi raya ini, meraikan perayaan yang melibatkan agama dan patung berhala seperti Krismas, Deepavali dan Taipusam adalah haram. Seolah-olah kita turut mengakui adanya Tuhan selain Allah dan halalnya agama lain di sisi Allah selain Islam.
Namun sekadar menghadiri jemputan tidaklah mengapa asal jangan beriya-iya merayakannya, memberi hadiah kepada mereka dan memakai pakaian raya malah seperti pakaian orang kafir (tashabbuh fil kufri). Islam diutus untuk dimenangkan dan ditinggikan melebihi agama lain sebagaimana firmanNya , “"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (al- Fath : 28).
Sekarang ini, siapa yang membela Islam akan dibantai. Kuasa raja-raja sebagai penaung agama di
Izinkan saya mengambil spotong kata-kata Mufti Perak ini,
“ Kebangkitan sekarang terpaksa dimainkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang sedar tentang kemelut banyak serangan dari luar, dalam, atas dan bawah untuk menghancurkan Islam ditambah pula adanya gunting dalam lipatan.”
Maka, di gerabak manakah anda berada?
Samhani Ismail
No comments:
Post a Comment