Diluar tingkap, hujan masih turun sejak jam 11 tadi. Sekarang ini sudah jam 11.50 malam. Bermakna hanya ada 10 minit sahaja lagi masa untuk melangkah ke 31 Ogos, hari sambutan merdeka tahun 2006 dan bermakna hujan sudah turun semenjak hampir sejam tadi lagi sehingga padang Stadium Sultan Muhammad ke IV sudah basah ‘berjeruk’.
Saya baru sahaja pulang dari meronda-ronda di KB Mall bersama suami, maklumlah sekali sekala balik ke negeri sendiri lantas terserempak dengan kawan lama di
Sedikit gusar menari di kepala kerana peluang kerja sebagai jurutera kimia amatlah terhad di negeri ini, jadi nampak malap dan kaburlah harapan untuk bertandang ke negeri sendiri walaupun semangat untuk memajukan negeri kelahiran meluap-luap. Mungkin kalau duduk di Kelantan, terpaksalah melupakan impian mejadi jurutera, tapi menukar haluan kepada bidang niaga yang merupakan sumber rezeki terbanyak dan merupakan sunnah Rasulullah. Mungkin sebagai anak merdeka, jiwa dan fikiran perlulah sentiasa merdeka dan kreatif, tidak hanya berfikir satu jalan dan tidak meletakkan penghalang kepada pemikiran kita untuk menjadi maju.
Malam ini sejuk sekali disebabkan hujan yang masih berbaki. Baru seminit tadi kedengaran bunga api dan mercun berdecit-decit memecah kesunyian malam di Kota Bharu. Walaupun malam merdeka, suasana begitu biasa. Yang berbeza hanyalah orang semakin ramai ke pusat membeli belah bersama keluarga. Yalah, esokkan cuti hari merdeka. Siapa yang tidak seronok bercuti. Semua orang gembira, baik budak sekolah, guru, pekerja kerajaan, buruh dan semua orang. Masa cuti inilah peluang untuk bermesra dengan keluarga, menenangkan fikiran dan bagi yang bujang, masa inilah digunakan untuk tidur sepanjang hari dari pagi sampai ke matahari setinggi galah.
Semenjak akhir-akhir ini, hujan tidaklah kerap sangat. Tapi yang ajaibnya, setiap kali ada event di Kota Bharu, malam akan dibasahi hujan. Orang kelantan panggil ‘hujan berek’ iaitu hujan yang turun dalam kuantiti yang sedikit tapi memakan masa yang panjang. Semasa pesta Perkampungan Hadhari yang mengambil masa 2/3 hari pun hujan, dan malam ini yang sepatutnya ramai orang tertumpu ke Stadium Sultan Muhammad ke IV pun turut di hujan. Maka tak ramailah yang menonton upacara bunga api. Hujan hanya turun di waktu malam. Siang hari tadi tak nampak pun tanda-tanda akan hujan.
Mungkin ada cerita di sebalik hujan ini. Itu hanya Allah yang tahu. Turunnya berketika tapi tepat pada masa. Kalaulah tidak hujan, saya kira akan ramailah manusia ke tapak pesta.Yang tua datang betongkat, yang muda datang bertingkat-tingkat. Dan yang tak tahannya yang lelaki datang merempit dan yang perempuan datang dengan baju ketat berkain singkat. Walaupun berada di negeri Serambi Mekah, pencemaran mata ini kadang-kadang ada juga. Seingat saya, semasa saya di tingkatan
Mungkin terlalu ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke luar dan mengambil budaya dari kota-kota metropolitan dan mengamalkan di sini. ‘Transfer budaya’orang ata. Dan setahu saya kerajaan negeri bukanlah tidak berusaha untuk membasmi kebejatan budaya sebegitu, tapi mungkin usaha baik ini perlu diteruskan lagi.
Kalau manusia tidak mampu menghalang, biarlah Tuhan menentukan. Hujan itukan rahmat, membersih segala pencemaran mata dan dosa. Semoga Negeri Kelantan Serambi Mekah selamat dari menjadi
Samhani binti Ismail
No 2, Jalan Murni 2,
No comments:
Post a Comment